Posted on

Emas Putih

Emas Putih

Emas Putih

Emas Putih

Seiring dengan perkembangan zaman Sekarang emas putih juga menjadi salah satu primadona konsumen untuk perhiasan, terutama cincin kawin. Karena itu perlu diketahui pula cara mengukur kadar emas putih.
Perhiasan emas putih yang banyak beredar saat ini merupakan campuran emas dengan paladium. Minimal kandungan paladiumnya 10 persen agar warna emas berubah menjadi putih. Karakter paladium sama dengan platinum yang memiliki daya tahan panas sangat tinggi.

Sama dengan emas kuning, mengukur emas putih pun menggunakan cairan asam klorida (HCL) dan asam sulfat (H2SO4). Emas putih yang mengandung 70 persen ke atas akan tetap berwarna putih. Jika warnanya menjadi kuning boleh jadi emas putih dicampur dengan perak.
Akan tetapi, khusus paladium jika paladium murni saat digosok akan keluar warna merah setelah dibubuhi cairan. Yang tidak murni, bekas gosokan setelah dibubuhi cairan akan keluar warna putihnya.

PENGERTIAN LAIN EMAS PUTIH

Emas PutihEmas putih adalah aloi emas dan lain lain logam yang mengandungi perak, nikel, platinum dan palladium. Seperti emas kuning, emas putih boleh jadi 18 karat, 14 karat, 8 karat atau mana mana karat yang sesuai. Emas putih 18 karat adalah campuran 75 peratus emas dan 25 peratus lain lain logam seperti perak dan palladium. Warna emas ini adalah putih.

Ciri ciri emas putih biasanya berbeza mengikut jenis logam dan jumlah kandungan yang digunakan. Sebagai contoh, aloi yang menggunakan nikel biasanya keras dan sangat kuat, jadi ia boleh digunakan sebagai cincin atau pin. Emas putih yang mengandungi palladium lebih lembut dan fleksibel dan boleh dibuat untuk memegang batu permata.
Emas putih yang dikatakan putih itu sebenarnya berwarna kelabu seperti keluli. Ia perlu dirawat menggunakan logam rodium untuk membuat warnanya menjadi lebih putih.
Terdapat pelbagai pilihan barang kemas yang dibuat daripada emas putih dipasaran seperti pin, keronsang, rantai leher, gelang dan cincin. Pada masa sekarang, semakin ramai pasangan yang memilih cincin perkahwinan atau pertunangan yang diperbuat dari emas putih bagi melambangkan kesucian dan ketulusan ikatan tersebut.Emas Putih

Cara Menjaga Emas Putih :

Emas putih disadur oleh logam rodium. Rodium mempunyai ciri ciri yang sama seperti platinum termasuk berwarna putih. Oleh kerana warna asal emas putih adalah kelabu cair, saduran rodium akan membuat emas putih berwarna lebih keputihan. Jadi, emas putih perlu disadur semula setiap 12 hingga 18 bulan kerana saduran rodium akan terhakis bersama masa.
Namun begitu, apa pun jenis emas putih yang anda pilih, emas putih sememangnya sangat cantik dan anda pasti bangga memakainya.